Tempat: Casuarina Hotel, Meru Perak Darul Riduan
Tarikh: 23-24 November 2018

Industri Agarwood / Gaharu kian menjadi perhatian semua pihak termasuk perkebun, agensi kerajaan dan syarikat swasta. Ini kerana, potensi industri  gaharu pada masa sekarang semakin berkembang pesat. Tetpi masih ada lagi isu yang membelenggu pihak-pihak tertentu kerana wujudnya permasalahan dan jalan buntuk untuk melangkah dengan lebih jauh lagi didalam industri gaharu ini berkembang pesat. Oleh yang demikian, bengkel ini diadakan adalah bertujuan untuk mengenalpasti permasalahan, membuka peluang dan ruang kepada pengusaha gaharu untuk melihat industri gaharu daripada perspektif yang berlainan agar boleh berkembang dengan lebih maju dan berdaya saing lagi.

OBJEKTIF KURSUS

  • Mengupas permasalahan dan scenario semasa industri gaharu di Malaysia.
  • Mengenal pasti hala tuju dan pasaran gaharu di Malaysia dan global.
  • Menerokai didalam bidang kajian dan penyelidikkan Agarwood didalam pembangunan produk komersial.
  • Membantu peserta untuk mengenal pasti jenis dan potensi gaharu milikan sendiri untuk diketengahkan dalam pasaran .
  • Melakukan teknik amali penjagaan okok gaharu dan teknik inokulasi secara berkumpulan.
  • Melakukan teknik amali untuk mengeluarkan damar gaharu daripada batang pokok.
  • Menerokai pasaran gaharu dalam bidang Art & Deco Craft.
  • Menerokai pasaran gaharu didalam konteks landskap setempat dan sumbangan kepada masyarakat.

Pendaftaran :

“https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScYAlmPM6YWScbSOPvwi3zv2UAel0NFNt62Jsk5gEKrMm8otA/viewform?vc=0&c=0&w=1 “

PADA AKHIR PROGRAM, PESERTA AKAN DAPAT MENGENALPASTI

  • Mendedahkan kepada peserta tentang scenario dan permasalahan yang wijud dalam industri gaharu pada masa kini.
  • Meningkatkan kemahiran profesionalisme peserta yang terdiri daripada peladang gaharu dan pengiat gaharu supaya lebih peka dan berfikir diluar kotak untuk bersaing dipasaran luar.
  • Mendedahkan peserta kepada teknik dan dan kaedah dalam menanam, memproses dan menghasilkan gaharu dengan cara yang betul dan boleh diguna pakai dengan selamat.
  • Mendedahkan peserta untuk melihat potensi-potensi penghasilan produk gaharu didalam pasaran tempatan dan antarabangsa.
  • Mewujudlkan satu mekanisma untuk semua golongan dalam industri gaharu berkumpul dan bersatu untuk sama-sama membangunkan pasaran industri gaharu tempatan.

TARIKH TUTUP PENDAFTARAN : 12 NOVEMBER 2019

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *